Wednesday, October 26, 2011

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 (14 Nov-5 Dis)







SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
2011 (14 Nov-5 Dis)

14 Nov - Bahasa Melayu Kertas 1/2
15 Nov - Bahasa Inggeris Kertas 1/2
16 Nov - Sejarah Kertas 1/2
17 Nov - Matematik Kertas 1/2
21 Nov - Pendidikan Islam Kertas 1/2
23 Nov - Matematik Tambahan Kertas 1/2
24 Nov - Fizik Kertas 1/2/3
29 Nov - Kimia Kertas 1/2/3
5 Dis - Prinsip Perakaunan Kertas 1/2

Wish me luck! <3

Ya Allah ya Ghafur – engkau ampunkan segala dosa kami terhadap ibubapa kami, guru-guru kami kerana sesungguhnya merekalah insan yang berjasa kepada kami. Kami menadah tangan mengharapkan inayah-mu agar kejayaan kami nanti akan membahagiakan mereka.


Ya Allah ya Rahman – engkau berikanlah kami kesihatan tubuh-badan semasa menghadapi peperiksaan, engkau lapangkan dada kami dari sebarang kesulitan, engkau payungi kami dengan segala kerahmatan

Ya Allah Ya Halim, kurniakan kepada kami kejayaan dalam peperiksaan ini sebagai hadiah di atas usaha dan pengorbanan kami, doa restu ibubapa kami dan penat lelah guru-guru kami. Sesungguhnya engkaulah yang berhak menentukan segala

YA Allah , ya tuhan kami engkau restuilah ilmu dan pembelajaran kami selama ini,
engkau campakkanlah rasa rendah diri dan penuh pengharapan atas pertolongan-Mu
dalam usaha kami menghadapi peperiksaan ini.

Ya Allah ya Fattah-engkau bukakanlah pintu hati kami, kukuhkan daya ingatan kami, engkau
bantulah kami dan engkau cerdaskan akal kami agar kami dapat mengingati segala ilmu yang
kami pelajari dan dapat dicurahkan semasa peperiksaan nanti. Janganlah hendaknya engkau
gelapkan hati dan fikiran kami sehingga kami tidak mampu menjawab dengan sebaik mungkin.

aminn ya rabbal alamin :)
sincerely by nedy ^_^

No comments:

Post a Comment