Monday, October 31, 2011

Diary Hatiku :)





Hmm . mcm2 benda jadi sepanjang tahun ni , smpi ke saat ini , entry aku kali ini berbunyi Buat baik jangan sekali , Buat jahat berpada-pada. So bnda yg baik kita amalkan , bnda yg buruk tu kita jdikan sempadan .tak semua yg kita nak kita akan dapat dan tak semua yg kita dpt tu akan kekal , so jangan lah mencari kesempurnaan tapi mencari kasih syg yg abadi.madah aku kali ni takda kena mengena pon dgn kau #kpd sesape yg perasan , aku nasihatkan jgn perasan okay  haha . payah kan nk jaga hati semua org , pdhal hati sendri pon tk terjaga.smpi snggup hati dilukakan semata-mata nk jaga hati org yg dia syg. Ya Allah , baiknyaa dia.







mulut ? kau ada mulut , dan aku pon ada mulut so masing-masing jaga mulut masing2 supaya tak timbulnya fitnah , kau suka tak org fitnah kau ? tak suka kan ? kan ? then knpa kau nk fitnah org ?fikir lah skit wahai kawanku … orang sambil menyelam minum air tu best jgk , best ke ? jap lg kau tersedak , lemas dlm tu jgk .haha , aku just ulas , jgn ambil hati ye. Cuba lah jgn ambil kesempatan terhadap orang lain … orang baik dgn kau , kau bls buruk dgn dia. Ape ni kawan , jgn cmtu .. rosaklah pershbtn nnti …. Mentang2 dia baik , kau ambil kesempatan kt dia , kau tikam belakang dia , kau permainkan dia . common kawan , pls be rational skit , fkir dlm2 sblum buat apa2 tindakan . jgn cmtu , kau bygkan kalau bnda ni jdi kat kau , kau nak ?kau mesti marah kan org ambil kesempatan dgn kau..








kenapa eak ? org kata jgn terlalu syg kpd seseorang kelak dia akan menjadi musuh kita. Sebab sayang tu perlu di control supaya tidak melebihi syg manusia drpd syg Allah dan Rasul. Kerana terlalu syg buruk padahnya. Sebab nanti akan kecewa seterusnya menyesal tak sudah , bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur.so tidk ada gunanya lagi nak meratapi ke menyesal , sbb semua nya dah terjadi dan telah menjadi ketentuan illahi. Kadang-kadang orang yg kita syg tu lah yg selalu sakitkan hati kita. Dan kadang-kadang orang yg kita terlalu percayakan tu lah yang akan mengkhianati kita.





Masing-masing ada pendapat masing-masing so tak perlu nk pertikaikan konon jatuh stantrd lah ,itu lah , ini lah .Cantiknyaa…eii buruknyaa.. see , benda tu subjektif, tak perlu nak samakan or bandingkan dgn pendapat masing2. Ada org boleh belajar dlm keadaan yg sempit , dan ada jgk org yg bleh bljr dlm keadaan bising.so jangan lah nak gaduh2 psl bnda2 ni. Matang lah skit kawan  hehe. Qada’ dan Qadar telah ditentukan oleh Allah , kita tak boleh nk predict bnda yg akan datang . so just redha dan tawakal. Semua orang ada masalah bukan kau sorang je ada masalah , ada yg lagi teruk masalahnya , so setiap masalah ada jln penyelesaiannya.







kata orang,,
tanpa yang pertama, mustahil ada yang terakhir
tanpa langkah pertama, mustahil ada langkah yang ke 1000
tanpa yang pertama, mustahil ada yang ke-dua

kata orang lagi,,
yang pertama selalunya yang terindah
yang pertama selalunya paling kemas dalam ingatan
yang pertama selalunya sukar untuk dilupakan

kata orang lagi,,
luka yang pertama adalah luka yang paling dalam dan paling sukar disembuhkan,
walaupun tidak berdarah namun pedihnya menusuk kalbu menikam jiwa & sanubari

**yang pertama tidak semestinya yang terindah
yang terindah tidak semestinya yang terbaik
yang terbaik tidak semestinya jadi milik kita
kerana kita hanya makhluk yang berjalan di muka bumi ini untuk mencari redha-Nya,
bukan untuk mencari yang terindah.







Belajarlah memaafkan kalau ingin dimaafkan ,
Belajarlah menghormati kalau ingin dihormati ,
Belajarlah memahami kalau ingin difahami ,
Belajarlah menyayangi kalau ingin disayangi ,
Belajarlah menghargai kalau ingin dihargai ,
Belajarlah menyenangi kalau ingin disenangi..♥

sincerely by nedy ^_^

No comments:

Post a Comment