Friday, November 24, 2017

RUMAH SEWA DI PUNCAK ALAM FASA 3 KEMASUKAN SEGERA!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua.
Kami juga ada menyediakan rumah untuk disewa.
Mencari penyewa kemasukan segera JANUARI 2018
(lelaki/perempuan)

Alamat Rumah sewa: Apartment di Fasa 3 Melur DAN Lily  Puncak Alam 

No. Tel Pemilik: 
CIK NADIA 017-3477036 (Whatsapp) 

Fully Furnished : katil,almari,dapur masak,peti ais,meja mkn,mesin basuh,tv,pinggan mangkuk,kuali,sofa yang selesa,kipas dll


Ciri2 rumah & kawasan berdekatan: 

1. Laluan bas T600 ke UiTM Puncak Alam
2. 10 minit ke UiTM Puncak Alam
3. Ada pak guard (safety terjamin)
4. 3 minit ke Tesco Puncak Alam & area kedai mamak
5. 6 minit ke Econsave Puncak Alam
6. 9 minit ke McDonald's Puncak Alam
7. Ada 1 lot parking khas untuk penyewa


SURROUNDING AREA:
1.Restaurant
2.Children playground
3.Mini Market
4. 1 min to Surau
5.Retail Shop
6. Clinic
7. School
8.Econsave supermarket
9. UiTM Puncak Alam
LOCATION:
2 minutes to Econsave Alam Jaya
5 minutes to UiTM Puncak Alam
15 minutes to Saujana Utama
16 minutes to UiTM Puncak Perdana
32 minutes to Shah Alam City
35 minutes to Klang
39 minutes to Kota Damansara
40 minutes to Subang Jaya
41 minutes to Petaling Jaya, Puchong
45 minutes to Kuala Lumpur
1 Hour to Putrajaya
TRANSPORTATION FACILITIES
1.Bus
2.Taxi
Facilities provided include:
1. 3 bedrooms - queen bed.
2. Cooking [tea and sugar provided]
3. TV, Refrigerator, Washing Machine,
4. Crockery, pans and rice cooker
5. Ironing facilities
 *FREE Parking


















sincerely by nedy ^_^

Sunday, November 19, 2017

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU

AMALAN SEMASA PINDAH RUMAH BARU, samada rumah sewa yg dh lama di tinggalkan kosong atau rumah baru siap. Moga sharing ini memberi manfaat.

1. Azan
Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

2. Membaca surah Al-Baqarah
Se
buah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita hanya membaca Yaasiin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

5. Pagar Rumah Secara Islam
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air Yassin di sekeliling rumah.

Ikut panduan berikut:
Ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam...

sincerely by nedy ^_^